Jumaat, 14 November 2008

kembara seorang "Aku" # 2

Assalamualaikum !

BroNaz nak sambung cerita yg terputus semalam.....(episod kali ni mungkin DICERITAKAN agak detail sbb R.A.M otakku masih berputar dgn baik buat ms ni...kadang2 sengaja bronaz gunakan pronoun "aku" sbb nak bagi lebih feel) . Episod slps ni insyaallah akan diceritakan secara lebih ringkas .

Pengalaman hr prtama kat Daerah Kinabatangan berlalu dgn agak emosi dan kesayuan....tapi aku dh bertekad nak buat "hati kering" walaupun jiwa sentimental lelaki ini agak tergugat. Spnjg prjalanan dari airpot Sandakan ke Bukit Garam (kinabatangan) aku lebih banyak bermonolog, nasib baik ada Karimi (kwn baru Bronaz yg dipostingkan di daerah yg sama) blehla sama2 buat2 hati kering wlpun sbnrnya dah agak tmpat yg nak kami tujui masih jauh lagi. Selain tu bersama-sama kami juga ada sorg lagi cikgu baru, Kartina (dipostingkan satu sk dgn Bronaz) dan memang telah sedia BroNaz kenali masa di Maktab . Sklh tempat Bronaz nak posting nanti sbnrnya adalah kg asal Kartina, so perasaan dan emosi dia mungkin lebih stabil dr BroNaz ms tu . Driver yg bawa kami ke kinabatangan tu juga adlh merupakan salah seorang guru yg bertugas di daerah yg sama... T kasih cikgu,, jasamu tetap dlm ingatan .

Baiklah... sesampainya kat sk , kami bertiga angkat beg, masuk ke PPD sekejap (kbetulan PPD, sblh menyebelah je dgn skolah Bronaz), jumpa pgwai kat situ, introduce dan berbasa basi lebih kurang n then kami (Bronaz dan Kartina) terus masuk ke bilik Guru Besar sk Bronaz dgn tujuan melapor diri bertugas. Masa tu jam menunjukkan lebih kurang 4.30 ptg (sk Bronaz ada dua sesi ) sedangkan karimi masih tgu kat luar, tgu wakil dari sk dia dtg jemput . Guru Besar sambut kami dgn tangan terbuka. En. Maskor, itulah guru besar pertama kami dan sebenarnya beliau juga adalah bekas pensyarah kami masa kat Maktab dulu . So, urusan kami jd lebih mudah dan lancar . Ringkas cerita, bila dah settle semua, Bronaz pun dibawa ke rumah Zaizul, kawan Baik Bronaz masa kat Sabah.... kami satu sekolah dan kbetulan masa tu dia masih bujang, bronaz pun tumpanglah rumah bujangnya sbg rakan kongsi...agak lama juga kami tinggal serumah...hinggalah kawan tu sampai seru.... ( I meant, lepas dia kawin dgn Pacarannya )

Rumah kami tu ada 3 bilik dgn empat org penghuni tetap iaitu Zaizul, Sarip, Mat Hamzah dan Bronaz sdri selaku warga baru... Bagi Bronaz rumah tu kira dah cukup ok walaupun agak kecil dan hanya ada satu pintu keluar masuk, lgpun bekalan eletrik, air dan perabot asas juga disediakan) ... apapun syukur, at least ada tmpat berteduh . Berbanyak terima kasih juga kpd Abg Azid & Kak Timah sekeluarga kerana sudi menumpangkan hamba (sang kelana) ini sehinggalah Bronaz menyewa secara sah di rumah sewanya yang baru . Najri, itulah nama panggilan yg diberikan oleh Kak Timah kepadaku.. (Apa khabar warga Batu 8 Bukit Garam sekarang ye ? )

Malam tu kami berkenalan lebih kurang antara sesama kawan serumah, semuanya masih bujang. Rupanya Mat dan Sarip satu sekolah ( SMK), sama macam aku dengan Zaizul, sekolah kami pun berjiran je .... dah jadi tradisi guru2 semenanjung kat Sabah, cepat mesra dan adapt antara satu sama lain walaupun baru berkenalan. Sementelah pula, Bronaz dah biasa di Sabah sebelum ni (3 tahun di Maktab) jadi xdelah terasa cultural shock yg ketara . Lepas menikmati makan malam dengan juadah simple dari Chef Zaizul, Sarip pun bawa aku berjumpa dengan kawan2 lain (juga guru2 semenanjung) kat taman perumahan yg letaknya tak jauh dari rumah kami . walaupun dah mengantuk sangat2, terhibur juga hati bila sedar bahawa ramai lagi perantau seperguruan yang mendiami bumi Kinabatangan ini . Kat situlah Bronaz kenal dgn awesulong, sebelum ni (masa kami sama-sama menjalani taklimat penempatan kat Beverly Hotel, Kota Kinabalu) , sikit pun Bronaz tak perasan kewujudannya, maklumlah kami dari maktab yang berlainan dan masing2 dah ada konco2nya sdri .

Lebih kurang kul 11 malam (kat Sabah dah kira lewat bebenor dah masa tu !) kami pun balik tidur .... tido kat mana ye malam tu ? Oh, br ingat, dalam bilik Zaizul, kat bawah meja di celah-celah antara almari n rak buku, sebab kat luar spacenya agak kecil dan dah ada org parking... he he .... (bilik zaizul tu ngam2 untuk simpan barang n almari je.... dia sdri pun tido kat atas kerusi ruang tamu je... That is our simple life .... "biasaklah brutalll"... kata si Zaizul ...he he ) .

Sebenarnya penempatan di Sabah bergantung pada nasib, kalau kita dapat tempat posting di bandar atau tempat2 yang telah membangun, keadaannya sama saja malah kadangkala lebih baik dari sesetengah tempat di semenanjung . Apapun itulah namanya pengorbanan seorang guru untuk anak bangsanya . Janji kita ikhlas dan bertekad buat yang terbaik .


Rasanya cukuplah untuk episod my 1st day in Kinabatangan ni.... seterusnya bronaz akn sentuh sikit2 je tentang apa2 yg bronaz rasa suatu significant moment bagi Bronaz sepanjang di sana .

p/s : Kepada adik2 yg terbaca coretan ini,,, jgn gundah gelana... Sabah is a nice place and u will get the better than u expected if u always make it good dan begitulah sebaliknya . Anyway, it's on our hands .....when u have the job, do that job WELL .

DISCLAIMER : Kepada penama2 yg terlibat dan disebutkan dlm cerita ni.... hamba minta izin menulis... xde niat pun nk menokok tambah cerita dan jauh sekali untuk menceritakan keburukan orang lain. U all memang best kerana menjadi sebahagian dari hidupku . Jadi korang JANGANLAH berniat untuk minta royalti pulak he he ... gurau je !

Khamis, 13 November 2008

Kembara Seorang "aku" #1

Assalamulaikum !

Di petang yg damai ni otak rasa ringan skit, x mcm semalam n 2 hari lepas....terpaksa mentelaah buku smp senja... exam punya pasal ...

Dan ptg ni sengaja broNaz luangkan masa utk mengelamun... sambil dengar lagu....tringat kisah2 lama, nostalgia masa mula2 posting dulu paling menyentuh hati...nak kata broNaz suka dipostingkan ke Sabah tak juga, tp apa yg berlaku,, bronaz terima je ..."selalulah fikir positif" kata ayah bronaz . Dan 3/7/2000 adalah tarikh keramat bg bronaz sbb hr tu bermula suatu episod sendu seorang jejaka... cheh ! .. Ceritanya mcm ni...

Bronaz tak seperti kawan-kawan yang lain (kena baca dgn nada melankolik ) yg mana mereka memang patut sesangat pun dipostingkan di Sabah sebab mrk x pernah rasa susah, x pernah rasa gayatnya naik flight, x pernah jauh sangat-sangat ngan kuarga n mungkin x prnah rasa beraya 2 tahun brturut2 di rantau org mcm bronaz kat maktab dulu. Bronaz sememangnya telah dimaktabkan di Sabah n tak smp 2 minggu bersukaria di kg lps habis latihan PERGURAUAN, kerajaan dah panggil... suruh p ngajar kat Sabah balik... sapa tak tension ? mcm dah xde org lain lg ke ?...padahal tepi rumah bronaz pun ada byk sklh...besar2 lg .

Bronaz dgn bangganya (sbb dlm surat posting dia sebut dengan sukacitanya) dipostingkan di sebuah sekolah di daerah Kinabatangan, Sandakan Sabah . sbelum ni bronaz kenali ia sbg bumi balak (timberland) klu dlm subjek geografi , dan memang kat sana masih banyak pokok balak, tp sbhgiannya dah ditebang n digantikan dgn sawit, saujana mata memandang . Bronaz yg dr kecil membesar dgn lumpur sawah pd mulanya rasa agak teruja bila tgok pokok sawit byk2 mcm tu... nampak semacam indah pulak !

Baiklah..., scr ringkasnya ...sklh tempat posting bronaz tu trletak di PEKAN Kinabatangan. dah kira advance brbanding kwn2 yang lain trutamanya rakan blogger bronaz, awesulong yg trpaksa memudiki atau menghilir sungai berjam2 lamanya untuk ke skolah . ye lah, sungai kinabatangan adlh yg ke2 trpanjang di Malaysia (560 km, sg rajang 562 km klu x silap )awesulong jgn Jealous ye !! he he .

>>>>Panjangnya intro ni... bila nak main cerita sebenarnya ni?... he he sabar... see u on the next post ...

Ahad, 9 November 2008

Exam tanpa tension

Assalamualaikum !

Skrg ni , UKM dilanda musim exam dan bronaz pun terlibat sama .... baru td bronaz belek2 nota dan bila sedar dah nak senja... bronaz 'break' sekejap.... buka internet dan jenguk blog member2 klu2 ada info terkini... bukan apa, bronaz jenis manusia yg tak boleh lama2 depan buku... cepat boring.. mungkin sebab sifat kurang rajin tu masih menebal, so ...sejam membaca adalah saat yang paling lama dirasakan.

Sebenarnya bronaz nak kongsi cerita ttg sorg kwn bronaz masa kami sama-sama kat UMS dulu. Masa tu kitaorg tgh study smentara tgu masa untuk midterm subjek Mikro ekonomi... ada sorg kawan bronaz duduk bersandar tepi dinding dan tgh pegang buku...matanya pejam celik pejam celik... lama bronaz memerhati dan akhirnya bronaz tanya :

Bronaz : kau buat apa tu **** ? kau menghafal ye ? mana boleh hafal, subjek mcm ni nak kita kena faham .

**** : Entahlah nazri, aku risau la, berpuluh kali baca pun x ingat2 jugak. Susah2 aku buat mcm ni je lah . Kemudian dia sebut " sreeeeet", serentak itu dia telungkupkan buku dan seret atas kepalanya .

Bronaz : Apa tu ? Tanya bronaz heran .

**** : Aku scan.... (mcm mesin scanner yg keluar lampu n bunyi "sreeeet" )


Kah! kah !kah ! bronaz nak tergelak.... dlm tension2 tu masih sempat dia buat lawak ... tp yg kelakarnya, masa tu muka dia tetap serius .... alahai... mcm2 ragam manusia bila dah tension .


....Itu cerita lama dan dah jadi satu nostalgia tp apapun bronaz ucapkn tahniah pada kwn bronaz tu sebab bulan ogos baru2 ni dia dah graduate . kat sini bronaz turunkan a few tips to reduce stress , especially pd saat kritikal nak hadapi exam, (klu korang rasa sesuai boleh la pakai idea merapu ni ) :

1) Jangan harapkan kejayaan yang teramat cemerlang klu usaha kita cuma cukup2 makan je.

2) Jangan tanya kawan dah study banyak mana-banyak mana ,coz klu tak kita akan tension nanti. Tp klu kwn tu jenis yg 2x5 gak blehla tanya... untuk menyedapkan hati sdri .

3) fikirkan bahawa nasib sering menyebelahi kita.... ha ha .

4) katakan pada diri sendiri.... apa nak jadi jadilahh... dan berlagaklah seperti biasa....

ok... tu je.... simple kan !

p/s : Apalah Bronaz ni....ajar yg bukan2 je ...Bronaz bukannya apa....sebenarnya....sebenarnya..... sebenarnyaaaaaa..... bronaz sdri pun TENGAH TENSION NI ... lusa exam....paper susah plak tu .....HAaaaa HAaaaa ! Ok c u ....

Rabu, 5 November 2008

Gejala Mata Malas Pada Kanak-Kanak

Gejala mata malas pada kanak-kanak
Artikel ini bronaz petik dari laman kesihatan, akhbar utusan Malaysia. rasanya sesuai untuk rakan2 yang mengambil pengkhususan Masalah Penglihatan (blind) . di samping kita membaca artikel ini, elok kiranya kita memberikan kredit kepada penulis asalnya .

Oleh: DR. SHATRIAH ISMAIL
(Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan)

PEMERIKSAAN mata dan preskripsi cermin mata pada peringkat awal tumbesaran anak dapat mengelakkan berlakunya gejala mata malas selepas anak meningkat dewasa kelak.
GEJALA mata malas merupakan antara punca utama seorang kanak-kanak tidak berupaya melihat dengan baik. Gejala mata malas dikenali sebagai ambylopia dalam bahasa perubatan. Keadaan ini berlaku disebabkan kanak-kanak melihat imej yang kabur sekiranya mengalami masalah rabun, juling atau keabnormalan pada tisu mata.

Imej yang kabur ini menyebabkan perkembangan otak turut terjejas. Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali sesuatu objek. Sekiranya proses ini terganggu dan tidak dirawat, kanak-kanak tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berfungsi dengan baik. Fenomena ini dikenali sebagai gejala mata malas.

Gejala mata malas ini berlaku pada sebelah mata atau kedua-dua belah mata pesakit. Ia perlu dikesan pada peringkat awal dan pesakit dinasihatkan menjalani rawatan yang sewajarnya sebaik sahaja diagnosis dibuat oleh doktor pakar mata.
Rawatan awal dan konsisten amat penting bagi memastikan keupayaan kanak-kanak melihat berada pada tahap yang baik.

Punca dan Tanda-Tanda Klinikal
Antara punca gejala mata malas yang dikenal pasti ialah;
* masalah mata rabun
* perbezaan kuasa refraktif mata
* mata juling
* keabnormalan pada tisu mata

1. Masalah Mata Rabun
Mata yang rabun disebabkan oleh masalah hypermetropia, myopia dan astigmatism. Keadaan ini menyebabkan gejala mata malas berlaku pada kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan berkesan.Hypermetropia ialah satu keadaan apabila pesakit mengalami kesukaran untuk melihat dengan jelas pada jarak yang dekat. Keadaan ini dikenali sebagai rabun dekat dan boleh dikesan seawal umur lima hingga enam tahun. Mereka mungkin menulis, membaca dan menonton televisyen pada jarak yang sangat dekat.

Kanak-kanak ini perlu menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Sekiranya keadaan ini tidak dirawat, kanak-kanak ini akan mengalami kesukaran terutamanya ketika membaca dan menulis sebaik sahaja mereka memasuki alam persekolahan.
Myopia ialah satu keadaan dimana pesakit berupaya melihat pada jarak dekat dengan jelas tetapi mengalami kesukaran melihat pada jarak yang jauh. Keadaan ini dikenali sebagai rabun jauh dan boleh dikesan pada usia lapan hingga sembilan tahun. Mereka biasanya mula mengadu tidak dapat melihat dengan jelas perkara yang ditulis oleh guru di papan hitam atau papan putih yang berada di hadapan kelas sekiranya mereka duduk dalam barisan belakang.

Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh (myopia) kurang berisiko mengalami gejala mata malas berbanding kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia).
Ini disebabkan kanak-kanak yang mengalami masalah rabun jauh tidak menghadapi masalah penglihatan pada jarak yang dekat. Mereka boleh membaca dan menulis tanpa sebarang kesulitan.

Astigmatism ialah keadaan struktur kornea atau permukaan mata yang berlekuk dan tidak sekata. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak melihat imej yang tidak jelas dan berpecah.
Sekiranya tidak dikesan dan dirawat, kanak-kanak yang mengalami masalah astigmatism akan mengalami gejala mata malas.Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism mengalami gejala mata malas pada kedua-dua belah mata.

2. Perbezaan Kuasa Refraktif Mata

Keadaan ini dikenali sebagai anisometropia atau satu fenomena di mana terdapat perbezaan kuasa refraktif di antara mata kanan dan mata kiri seseorang pesakit.
Dalam erti kata lain, kanak-kanak mengalami masalah rabun seperti yang dinyatakan di atas, sama ada rabun dekat (hypermetropia), rabun jauh (myopia) atau astigmatism, mempunyai kuasa cermin mata yang berbeza di antara mata kanan dan mata kiri pesakit.

Mata yang memerlukan kuasa cermin mata yang lebih berbanding mata yang satu lagi akan melihat imej yang kabur sekiranya keadaan ini tidak dirawat. Kanak-kanak yang mengalami situasi ini, akan mempunyai tahap keupayaan penglihatan yang tidak sama pada kedua-dua belah mata. Pesakit akan melihat imej yang kabur pada sebelah mata sahaja dan fenomena ini dikenali sebagai mata malas.

3. Mata Juling

Keadaan mata juling yang berlaku secara konsisten pada sebelah mata menyebabkan berlakunya gejala mata malas.
Mata yang juling, sama ada juling masuk atau juling keluar, sebenarnya tidak melihat imej yang jelas. Keadaan ini menyebabkan mata yang juling mengalami gejala mata malas.
Keadaan mata yang juling silih berganti mempunyai risiko gejala mata malas yang sangat rendah. Juling silih berganti ialah satu fenomena di mana hanya sebelah mata yang kelihatan juling dan sebelah mata lagi kelihatan lurus pada satu-satu masa.
Dalam tempoh yang singkat, mata yang mulanya juling boleh berkeadaan lurus dan mata yang sebelah lagi pula mengalami juling.
Pesakit sebegini biasanya tidak mengalami gejala mata malas kerana dia berupaya melihat dengan jelas menggunakan hanya satu mata pada setiap masa.

4. Keabnormalan Pada Tisu Mata

Sebarang keabnormalan pada tisu mata pada struktur kelopak mata, kornea, kanta mata, vitreous dan retina akan menyebabkan gangguan imej yang dilihat.
Masalah kelopak mata yang jatuh (ptosis) dan sebarang kesan parut pada kornea mata sama ada akibat kecederaan atau kecacatan asal menyebabkan input visual yang kurang jelas dihantar oleh saraf mata ke otak. Penyakit katarak kongenital, gangguan struktur vitreous dan retina juga menyebabkan masalah yang sama.

Sekiranya keabnormalan seperti yang dinyatakan di atas tidak dirawat, kanak-kanak terbabit akan hanya melihat imej yang kabur.
Lama-kelamaan, otak akan mengabaikan imej kabur tersebut dan menyebabkan keupayaan melihat kanak-kanak tersebut menjadi sangat terhad.

Komplikasi
Perkembangan visual penglihatan dan otak yang mengawal deria penglihatan bermula seawal usia empat hingga enam bulan. Usia dua hingga enam tahun pula sangat kritikal untuk perkembangan deria penglihatan. Sebarang keabnormalan deria penglihatan yang dikesan sebelum usia enam tahun berpotensi tinggi untuk dirawat bagi membolehkan kanak-kanak melihat dengan baik, sekiranya mendapat rawatan yang sewajarnya.
Sekiranya gejala mata malas ini dikesan selepas usia 11 hingga 12 tahun, potensi untuk melihat dengan kadar yang baik amatlah terhad. Perkara ini dikhuatiri mengganggu proses pembelajaran dan fokus masa depan kanak-kanak terbabit.

Kaedah Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan di atas perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata.
Pemeriksaan ini penting bagi memastikan diagnosis yang tepat dan mengenal pasti punca berlakunya gejala mata malas.Kanak-kanak yang mengalami masalah rabun (sama ada rabun dekat, rabun jauh atau astigmatism) dan perbezaan kuasa refraktif (anisometropia) juga perlu menjalani pemeriksaan refraksi mata oleh pegawai optometris yang terlatih.
Pemeriksaan refraksi mata akan menentukan kuasa cermin mata yang diperlukan oleh para pesakit.

Kanak-kanak ini akan dinasihatkan menggunakan cermin mata bagi membantu memulihkan keupayaan penglihatan mereka.
Walau bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata secara berkala bagi memastikan tahap penglihatan dan kuasa cermin mata mereka berada pada tahap yang optimum.Sekiranya terdapat perbezaan tahap penglihatan di antara kedua-dua belah mata selepas menggunakan cermin mata, kanak-kanak terbabit perlu menjalani rawatan oklusi mata.
Doktor pakar mata biasanya akan menasihati kanak-kanak supaya menjalani rawatan oklusi mata di rumah.

Rawatan oklusi ialah satu bentuk rawatan yang didapati berkesan untuk merawat gejala mata malas.
Ia melibatkan proses menutup sebelah mata yang mempunyai tahap penglihatan yang lebih baik dengan menggunakan penampal khas. Rawatan ini memakan masa selama beberapa jam seperti yang disyorkan oleh doktor pakar. Tujuan rawatan oklusi ialah menggalakkan kanak-kanak terbabit mula menggunakan mata yang kurang jelas dan otak belajar menerima input visual dari mata tersebut.

Rawatan oklusi mengambil masa, memerlukan kerjasama kanak-kanak terbabit dan juga komitmen yang tinggi oleh ibu bapa atau penjaga. Ia perlu dilakukan secara berterusan sehingga mata yang malas menunjukkan tahap penglihatan yang setara dengan mata yang sebelah lagi.
Pesakit yang mengalami masalah mata juling dan keabnormalan pada tisu mata perlu menjalani rawatan yang sewajarnya terlebih dahulu. Selepas menjalani rawatan yang khusus untuk masalah juling dan keabnormalan pada tisu mata, barulah rawatan oklusi mata boleh diadakan secara sistematik.

Adalah penting supaya pesakit dapat mengikuti rawatan susulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor pakar mata.
Sepanjang tempoh rawatan, doktor pakar mata akan memantau tahap penglihatan pada kedua-dua belah mata para pesakit. Rawatan oklusi biasanya ditamatkan setelah doktor pakar mata berpuas hati dengan tahap penglihatan pesakit.
Salah Anggapan Masyarakat
Masyarakat amnya kurang mendapat pendedahan mengenai gejala mata malas dan kaedah-kaedah rawatannya.

Gejala mata malas boleh dirawat sepenuhnya sekiranya dikesan pada peringkat awal dan ibu bapa mengambil sikap yang proaktif sepanjang tempoh rawatan diadakan.
Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu perlu dihindari. Kanak-kanak ini akan membesar dengan tahap penglihatan yang sangat rendah dan terhad sekiranya mereka tidak menjalani rawatan yang sewajarnya secepat mungkin.

Peranan Ibu bapa
Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.
Segeralah membawa anak anda berjumpa doktor pakar mata sekiranya anda mengesyaki mereka mengalami gejala mata malas.
Rawatan yang awal dan komitmen ibu bapa yang tinggi amat penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami gejala mata malas berupaya melihat kembali dengan baik dan jelas.
Mereka akan memerlukan keupayaan penglihatan yang optimum terutamanya menjelang alam persekolahan.