Khamis, 29 Januari 2009

Edisi Khas Bandung vol # 1


Assalamualaikum !


Kabare ? bertemu lagi kita dalam entri terbaru Bronaz… rasanya dah 3 mgu x mencoret untuk blog ni,, bukan apa…. Sibuuuk…banget ! Dan sekembalinya dari Bandung bagaikan terlepas dari hutang berjuta2 Rupiah . Almaklumlah, projek lawatan ke Bandung dah dirancang sekian lama…. sejak dicetuskan ideanya pd penghujung 2007, 2008 tahun merancang dan mengurus hinggalah 19-24 januari 2009 (seminggu lepas) , barulah terlaksana ‘projek mega’ bagi group Bronaz ini . Masa menguruskannya cukup lama, bermula dari menyiapkan kertas kerja ( pernah ditolak 3 kali, edit semula 4 kali) atas alasan tiada peruntukan sehinggalah pihak fakulti dan Hal Ehwal Pelajar akhirnya meluluskan sejumlah peruntukan yang dipohon dan selebihnya wang sendiri, dapatlah kami semua menjejakkan kaki ke Kota Bandung (Paris Jawa Barat) .
Alhamdulillah, syukur ….terbalas susah payah dan pengorbanan kami sebelum ini .


Adapun tujuan program, bukanlah untuk makan angin semata2 . Atas nama ‘Program Ilmiah’ kami ke sana dgn hasrat untuk meninjau “Amalan Pendidikan Khas di Indonesia” . Semoga ada sesuatu yg dpt kami bawa pulang untuk dijadikan panduan berguna kerana sebelum ini kami difahamkan, bidang Pendidikan Khas di Indonesia telah bermula lebih awal dan lebih maju jika dibandingkan dengan negara kita. Selain melawat institusi dan sekolah pendidikan Khas, bertukar2 pendapat dan mengadakan seminar, pemergian kami bolehlah dianggap sebagai Duta Kecil UKM yang sebelum ini telah menandatangani MoU dengan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) . Rombongan kami seramai 27 orang iaitu 25 pelajar dan 2 orang pensyarah . Tempoh lawatan adalah dari 19-24 januari 2009 (6 hari) .


Ok….seterusnya baca sendiri catatan diari bronaz untuk selama enam hari program . Selain untuk tatapan rakan2, sebahagian maklumat ini juga akan diterbitkan dalam jurnal lawatan kami yg akan dicompilekan bersama catatan teman2 yg lain , khusus sebagai bukti bertulis hasilan dan refleksi drpd program yg telah kami jalankan . So jgn heran ye kalau entry ni agak detail dan mgkin membosankan kalian… namun bagi Bronaz ianya tetap suatu kenangan manis dan pengalaman berguna yg tak terbayar dengan wang ringgit . jeng je jeng….


Day 1



Bertolak dari LCCT-KLIA, penerbangan mengambil masa 2 jam . Kami tiba di airport HUSSAIN SASTRANEGARA BANDUNG kira-kira jam 11.00 pagi waktu Indonesia (Malaysia 12.00 tgh) . Sesampainya di sana kami diminta untuk melaraskan jam mengikut waktu tempatan supaya tidak terkeliru . Line celcom@maxis@Digi pula tertera penuh bar pd skrin handset masing2 . waah… ini sudah cantik !


Ketibaan kami disambut dengan penuh mesra oleh wakil dari pihak university (UPI) yg terdiri dari 4 orang pelajar dan 2 pensyarah . Bas UPI sudah tersedia menunggu di ruang parking untuk membawa kami ke tempat penginapan . Sementara memunggah masuk barang2 dan orangnya sekali ke dalam bas, ada seorang jejaka berjaket hitam sedang asyik mengambil gambar kami, candid je…sbb masa tu kami semua tgh sibuk…. Ingatkan jurugambar khas dari UPI rupa2nya dia adalah “Abang Foto”, …nanti Bronaz ceritakan kemudian. Sesampainya di hotel, kami masuk ke bilik masing2, berehat sejenak kerana jam 2.00 ptg nanti ada majlis suaikenal dengan warga UPI dan sesi pengenalan kampus . Sebelum tu kami menikmati hidangan tengahari yg ditempah dari sebuah restoran luar, emm ….harganya 15,500 rupiah …kira2 RM 5.00 . Cara Packagingnya cantik dan mewah sekali, KFC pun kalah …mcm x percaye je .
Kira2 kul 1.45 ptg, sekali lagi bas UPI dtg menjemput kami ke kampus UPI untuk sesi suaikenal. Jarak UPI dengan hotel tempat kami menginap tak smp pun 1 km . Majlis ‘welcome party’ (menurut istilah mereka) agak simple namun penuh tersusun dan meriah . Selesai acara bergambar beramai2 di depan bangunan direktorat (Canselori) kami dijemput menikmati jamuan ringan… enak sekali ye Pak, kuih2nya ! majlis diakhiri dengan acara bertukar2 cenderamata kedua2 belah pihak .


Aktiviti seterusnya, rombongan kami telah dibawa melawat ke seluruh kawasan kampus dengan ditemani beberapa orang mahasiswa/i UPI . Penat dan lenguh, macam nak tertanggal kepala lutut…. Apa tidaknya, keseluruhan kampus kami terokai dengan berjalan kaki . Kalau nak dibandingkan, kampus universiti2 di Malaysia jauh lebih besar dan gah berbanding UPI, samada dari sudut keindahan landskap, fasiliti dan keluasan fizikal . Alangkah bertuahnya, mahasiswa/i kita ! university UPI adalah yg tertua di Indonesia dan pada asalnya ia dinaiktaraf dari kolej perguruan. Sejarahnya ada sedikit persamaan dengan UPSI, Tanjung Malim sementelah kedua2nya adalah Universiti pendidikan . Terdapat 7 buah fakuti di UPI, salah satu daripadanya ialah Fakultas Pendidikan Luar Biasa ( jika di Malaysia disebut pendidikan Khas ) . Disamping berjalan2 ke sekitar bangunan dan mengetahui setiap kegunaannya, kami dapat bertukar2 pendapat dan informasi dengan pelajar2 UPI . Walau jauh secara geografinya, namun terasa kami amat dekat memandangkan kedua2 pihak berkecimpung dalam co business yg sama iatu menyediakan perkhidmatan untuk pelajar2 berkeperluan khas .


Sesuatu yg terasa berbeza bagiku sepanjang meneroka kampus pada petang tersebut ialah dasar keterbukaan UPI . Baik dari segi berpakaian, pergaulan dan budaya kampus itu sendiri . Sukar untuk membezakan antara pelajar UPI dan orang luar kerana cara berpakaian yang agak bebas, berambut panjang pula suatu pemandangan biasa, Namun begitu, yang bertudung pun ramai juga, maknanya di sana berpakaian adalah hak dan atas kehendak sendiri . Kalau kat Malaysia ? …emm faham2 je lah ! Ada juga orang luar yg bermotor keluar masuk ke sana sini tanpa helmet pun. Di dalam kawasan kampus juga, aku lihat ada penjual2 rojak dan Mi Bakso yang keluar masuk menjaja secara berjalan kaki (traditional style), mungkin dah jadi kebiasaan di sana . Gerai jual rokok pun ada kat dalam kampus tu. Kat padang permainan pula, kanak2 dan orang kampung boleh main apa2 je kat situ dgn penuh selamba. Senang cerita, kira university tu milik masyarakat jugak aar… OK, x kisahlah…lain padang lain belalang kan !



Setelah penat pusing keliling di samping mendapat banyak informasi dari mahasiswa UPI, sedar2 hari dah senja, dan tibalah masanya untuk balik berehat di hotel penginapan . Malam tu kitaorang semua capek (penat) habis ! Nasib baik sebelah malamnya kami telah memutuskan untuk tidak mengadakan apa2 aktiviti . Selepas menikmati makan malam, sesetengahnya terus masuk ke bilik masing2 utk berehat n tido . Bagi yg masih bertenaga, masa terluang dihabiskan di belakang hotel, kat situ pemandangannya menghadap bukit…. Indah sekali, macam kat Kundasang, Sabah . Ditambah pula suhunya juga agak sejuk berbanding di Malaysia .


Bagi bronaz, pengalaman sepanjang hari pertama di Bandung amat membuka minda tentang betapa makmurnya bumi Malaysia… rezeki ada di mana2 … tinggal nak usaha atau tidak? rajin atau malas ?…. Itu je . Sebelum tido,mcm biasa sms isteri dulu, ms baru2 smp td pun sbnarnya dah 2,3 mesej dihantar. Ok untuk makluman… kalau kita ke Indonesia line tepon xjd mslh…sama je, ‘autoswitch roaming’ . Tp kadar caj persms yg dihantar ialah rm2.00. Lebih malang lagi kalau org Malaysia yg call kita, kita juga turut kena bayar caj bila jawab panggilan tu, ratenya rm 4.00 seminit, kalau 10 minit kiralah sendirik ! kalau kita x jawab panggilan pun, bila org sana dh terima khidmat voicemail service, kita tetap kena caj rm2.00 . waduhhh…. Sengsara oi ! Oleh itu sebelum berangkat pesan la kat kwn2 tu jgn memain atau cuba2 nak tepon kalau xde hal yg penting …


Oklah, c u 2moro morning…





Bergambar bersama dekan dan pensyarah Universitas Pendidikan Indonesia





Merintis kerjasama mahasiswa/i UKM-UPI demi kebaikan bersama .





Sesi taklimat sebelum memulakan suai kenal kampus UPI

Isnin, 12 Januari 2009

kita mampu mengubahnya !

Assalamualaikum !
Rasanya dah lebih seminggu x menulis untuk blog Bronaz ni… kalau buka pun just untuk tgok2 klu ada entry terbaru dari kwn2 ataupun mungkin ada mesej yg ditinggalkan utk Bronaz . Rata2 bila menjengah blog sahabat2 kita, isunya adalah Palestin dan kekejaman Israel…ya ,,,elok juga dipaparkan sedemikian rupa. Sekurang2nya dpt memberi kesedaran dan pengetahuan kpd sahabat2 yg membacanya. Tak semua orang mampu membicarakan isu ini dgn baik, bernas dan mengesankan, termasuklah Bronaz sdri . Selain berbicara atas platform saudara seagama, ia juga dpt meredakan tekanan perasaan atau meluahkan apa yg terbuku di dada.


Bronaz bukan x berminat dan beri komen dalam hal ni tp rasa2nya biarlah apa yg bergolak di jiwa bronaz skrg ni Bronaz simpan dulu. Apa yg Bronaz telah buat skrg selain memanjatkan doa agar kemenangan sentiasa berpihak kepada Islam dan Israel La'natullah mendapat azab yang pedih, ialah dgn memboikot barangan yg memang Bronaz tahu memang keluaran Yahudi… skrg ni bila shopping kat mana2 pasti MADE IN …. ? menjadi perhatian utama. Mungkin ada di antara kita yg tak kisah perkara sebegini dgn alasan semua brgn keperluan kita mereka yg buat, x bleh lari dah ! nak tak nak terpaksa guna…. Tp kita masih ada pilihan kan ? jd bertindaklah sewajarnya… Kadangkala sedih bila melihat masih ramai saudara seagama yg langsung tak sensitif dan buat tak kisah dengan apa yg berlaku pada saudara kita di Palestin sekarang ni .


Aku masih teringat insiden spontan selepas Solat Jumaat lepas (09 jan 09), kat masjid UKM, masa tu semua jemaah br lepas bersolat hajat dan disertai bacaan Qunut Nazilah khusus untuk saudara di Palestin . Ada seorang makmum, betul2 duduk disebelah aku, dan aku yakin dia foreigner student, mungkin dari timur tengah kalau tgok pada susuk fizikalnya… masa kami bersalaman aku nampak matanya berair dan dia menekup muka (“eh menangis ke orang ni” ?) mungkin juga..aku cuba membuat telahan sendiri. Ye lah, xkan nak tanya kan ? agak2 je lah . Lgpun kalau buatnya dia speaking arab …melopong aku dibuatnya ! Pada aku xde yang peliknya dia menangis, mana tahu klu2 ada saudara mara terdekatnya kat Palestin atau mungkin juga dia sendiri dari bumi Palestin mana kita tahu kan ? Atau Mungkin juga doa dan qunut yg dibacakan td benar2 menyentuh jiwanya, sebab dia faham Bahasa Arab lebih dari aku. Dan aku sendiri belum sampai ke tahap itu walau rasa benci kepada Israel telah lama bersarang. Itulah indahnya Islam, walau jarak jauh beribu batu, kita yg seagama sepatutnya tetap merasai penderitaan mereka…bak kata pepatah cubit paha kanan paha kiri terasa. Namun persoalannya, berapa ramai dari kita ini yang berperasaan sedemikian ? Mengenangkan kekejaman Zionis sejak dari dulu lagi , hati kita terbakar parah, habis kata2 untuk menyumpah seranah, namun keadaannya tetap begitu juga..... Insyaallah janji Allah pasti akan tiba, Yahudi laknat pasti mendapat balasan .


Kadangkala terfikir bahawa apa yang berlaku di Palestin sebenarnya suatu ujian dari Allah, bukan kepada rakyat Palestin sahaja malah ianya satu ujian dan pengajaran berguna bagi masyarakat Islam seluruh dunia tentang peri pentingnya perpaduan dan persaudaraan sesama kita. Dan jangan ada ampun walau sekelumitpun pada bangsa Yahudi kerana mereka sendiri pun tak pernah redha terhadap kita umat Islam . Permainan mereka sungguh licik sehinggakan semakin ramai umat Islam berkiblatkan kepada mereka dan malang sekali dunia Islam hari ini semakin terhimpit kerana kelalaian sendiri . Terlalu banyak kita bergantung pada yahudi dan Amerika dalam kehidupan seharian kita…..dari produk makan minum, keperluan diri, hatta keperluan negara. Telah terlalu lama kita “mengkayakan” mereka, malah kalau nak disebutkan,, kita menaip2 entry ini pun, asalnya dari produk Microsoft juga…...seolah-olah tidak kemananya umat Islam tanpa menggunakan teknologi mereka ….sedih dan sedar walau dalam terpaksa. Namun sifat senjata yang kadangkala boleh memakan tuan, adalah bijak jika kita gunakan kemudahan ini untuk menyerang semula mereka ....



Dari sudut lain, aku melihat betapa pentingnya kita kuatkan ilmu fardhu kifayah kita…. agar suatu masa nanti kalaulah kita tidak mampu menjual hasil kemajuan ( teknologi / ekonomi dsb) kita sekalipun, sekurang2nya kita tak perlu bergantung kepada produk orang2 kafir secara terus menerus . Fikir2kanlah….


Emmm….rasanya setakat ini dulu untuk kali ini dan InsyaAllah kita brtemu lagi di lain kesempatan…. Islam pasti menang !

Jumaat, 2 Januari 2009

kembara seorang aku # 3

Assalamualaikum !
Hr ni rasa bahagia dan sungguh tenang.... br lepas kemas bilik dan mop lantai....maklumlah, sem baru dah bermula. so kena la brsemangat skit...this week xde apa2 kuliah, cuma dtg awal sbb nak settlekan apa2 yg patut especially pendaftaran tesis untuk tahun akhir... insyaallah semester ni adalah yg terakhir bg bronaz kat ukm sebelum memulakan praktikum yang akan tamat pertengahan julai nanti... lepas tu lg, bln ogos nanti mgkin dah kena posting... mungkinlah tp blum pasti lagi... apapun perancangan perlu ada kan !

Sedar tak sedar rupanya dah dekat 3 tahun BroNaz menTUA kan usia kat UKM ni....tetiba je dah nak habis.... eh, ye ke ni ? dalam sibuk2 menghabiskan study ni ada juga enjoynya meskipun biasanya rs stress bila memikirkan assignment yang bertimbun2 . Masih teringat masa akhir sem lepas,,, masa tu last paper exam..... 3 jam tercangak kat kerusi dewan, dengan sejuk aircondnya lagi....fuh! rasa hampir2 jd frozen . Walaupun terkilan dengan soalan yg agak susah namun....Hidup mesti terus ! kan Bronaz dah kata, tak perlu kecewa jika usaha kita setakat cukup2 makan je ! Tp itu x brmakna kita boleh pandang mudah pada pengajian kita. Nak masuk u bukan senang, jadi dah dapat tu fikirlah 2,3 kali kalau nak enjoy sekalipun. sedari dulu lagi bronaz sedar bhwa bronaz bukanlah manusia yg score dlm exam... apa yg penting bg bronaz ialah ilmu dan kemahiran yg kita dapat dalam kuliah...dan itu je pun yg nak bantu kita bila betul2 dalam suasana kerja nanti . okay... kita sambung kisah kembara Bronaz ...jeng je jennggg !!!





Nak berkongsi sedikit pengalaman bronaz masa mula2 posting dulu.... hari pertama bronaz masuk kelas, hari tu hari isnin.... budak2 pandang bronaz semacam je... x tau apa persepsi mrk masa tu...tp bronaz buat tak kisah je... kononnya nak tunjuk serius pada hari pertama... dan sbnrnya itu petua yg lecturer bg masa kat maktab, katanya kita mesti serius pada hari pertama kita masuk kelas, " your first impression is so important, you must tell your pupils that you is serious person, otherwise ,they will make you like a toys " baru murid2 respek dan ada gerun skit. Bronaz percaya pd kata2 tu dan bronaz dah aplikasikan . Pada mulanya semua berjalan dgn lancar, bronaz perkenalkan nama dgn serius, bercakap serius, berjalan serius, batuk serius (kebetulan ms tu br baik demam) n everything is serious . Bronaz suruh murid keluarkan buku dan nak mula mengajar.... kononnya taaruf nama setiap murid kemudian2 nantilah..Tiba2 bronaz rasa pelik... kenapa semua budak masih berdiri ? Oh, rupa2nya... Bronaz lupa arahkan mereka duduk dan budak2 ni plak tak berani memandai2 nak duduk sebab takut pada muka bronaz yang serius agaknya . Masa tu rasanya dah dekat 10 minit bronaz bercakap kat depan ... laa.. rupanya, nak serius punya pasal... benda basic pun boleh lupa !!!kesian budak2 tu.. ha ha..

wokay... kita sambung lain kali plak....nak p jumaat nii ....x p berdosa tau !!!! wassalam .