Rabu, 11 Februari 2009

Bandung Day 2

DAY 2


Bangun seawal 5.30 pagi, solat subuh dan mandi . Pukul 7.00 pagi dah bersarapan, kbetulan dah trmasuk dlm pakej penginapan, so xyahla susah2 nak mkn kat luar . Bila semua dah settle sarapan, para pererta mula masuk ke dalam bas UPI yg sedia menjemput di Lobi Hotel, kecoh sekejap, kelihatan ada yg mengerumuni sesuatu, ingatkan apa...? rupa2nya "abg Foto" dah smp ke tempat kami. Ditangannya ada berpuluh2 keping gambar kami semalam yg telahpun siap dicuci. Ada yg lawa ada yg tak, maklumlah tangkap pun candid je... setiap gambar tu siap ada border Bandung lg , harganya 15,000 rp . Mahal juga, nak ambil ke tak ni ? Ada 2, 3 orang dah siap ambik n bayar duit , yg lain tu tgh berfikir2, nak ambil ke tak . Pak Dada panggil Bronaz, Secara berbisik, pemandu bas kami (Pak DaDa) kata, "jgn ambik dulu skrg, esok dia akn dtg lg tu, percayalah dan harganya akan turun sendiri" . Oh, mcm tu ke ? oklah ... Bronaz apa lg, arahkan Bas segera bergerak kalau tak lg ramai peniaga jalanan yg menyerbu kami . Baru je bas nak bgerak, "Abg foto" sempat naik ke tangga bas dan tunjukkan 2 kpg gambar Bronaz yg dah siap dicuci... adik2 semua bersorak... waaaah ! gambar cikgu pun ada... kena beli tu ! he he, x sangka sempat dia candid gambar Bronaz masa kat airport semalam tu... cekap betul abg foto menjalankan bisnesnya ... namun, dgn lagak Pro aku kata kat dia, "besok je pak sy ambik gambar tu, tp sy mau 5,000 rp je ya !" masa tu bas dah brgerak perlahan2....sayup2 je abg foto jerit pd Bronaz, "mana boleh Pak, tak pulang modaaaal...." .



He he... itulah rentetan peristiwa awal pg kat Bandung, kagum aku... betapa nekadnya mereka berniaga, awal pg dah sanggup datang . Siap tau lg tu, kat mana kami menginap . Benarlah, mereka lebih gigih berusaha, mungkin kerana desakan hidup . Sebenarnya pagi tu bukan "Abg Foto" je yg dtg bisnes, ramai lg yg mengerumuni bas kami, ada yg jual keychain, kain batik, shopping bag dan mcm2 souvenir yg lain... pandai betul mereka mengambil peluang bila ada pelancong, itulah budaya kat Bandung yg mungkin xde kat Msia kita . Ok....bas bergerak ke UPI.....



Sesampainya di UPI kami dibawa masuk ke Dewan tempat Seminar Pendidikan akan bermula. Menunggu di situ beberapa orang pensyarah UPI yg terlibat, termasuk timbalan Dekan Fakultas Pendidikan Luar Biasa UPI . Sesudah beberapa ucapan aluan pengerusi dan Timbalan Dekan, majlis dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al Quran . Uniknya kali ini, ia diperdengarkan oleh seorang pelajar UPI sendiri (beliau Buta ) dan bacaan dilakukan melalui Al Quran Braille . Dihatiku terdetik, "alangkah malunya bagi seorang yg celik tp tak mahu belajar membaca Al Quran ".


Pengisian hari ini tertumpu kepada seminar mengenai perbandingan amalan pendidikan khas di Indonesia dan juga Malaysia . ahli panelnya terdiri dari dua orang pensyarah ("Dosen" kalau dlm bhs indonesia) dari UPI dan juga dua org pensyarah dari UKM . masing2 membentangkan fakta dan hujah menurut kepakaran masing2 . Agaknya sbb byk sgt tgok cerita2 dari Indonesia, x smp 2 hari pelajar2 UKM dah dpt menguasai slang Indonesia. banyak soalan yang diajukan kepada ahli panel adalah dari pelajar UKM termasuklah Bronaz sdri .

Minum pagi dan mkn tghri yg disediakan cukup menyelerakan . Semuanya menu asli dari Jawa Barat. Bg Bronaz yg dah lama kat Sabah, rasa x asing sgt sbb sstengah menunya dah selalu jumpa, cuma bezanya di sini setiap menu dihias dgn cantik dan kreatif .


Selepas solat kami di bawa meninjau ke makmal2 khusus untuk Pelajar Pendidikan Khas. lebihnya di UPI, kebanyakan peralatan adlh sumbangan dari yayasan2 kebajikan dan syaikat korporat luar negara spt Jepun, Norway dan Belanda, bertuahnya mereka !

Aktiviti seterusnya ialah "ice breaking" dan suaikenal dengan pelajar UPI . Ramai juga yg hadir, memang terasa hubungan akrab disebabkan perkongsian bahasa yg hampir sama . melalui sesi yg ringkas tersebut, makin ramai pelajar2 UPI yg menjadi kenalan kami .


Selepas solat asar, tibalah saat yg ditunggu2. Kami dibawa bersiar2 di Kota Bandung . Suasana jalannya agak sesak dan macet (traffic jam) . Turun bas je, terasa suatu suasana yg amat berbeza, kami dikerumuni penjual2 cenderahati dan pelbagain jenis barangan lain. Paling tak selesa bila pengemis2 jalanan semakin ramai menghulurkan tabung masing2. Kebanyakkannya wanita yg mengendong bayi kecil dlm kain sarung, mungkinkah ini strategi atau benar2 desakkan hidup ? Timbul rasa sayu dan belas kasihan tp apakan daya, terlalu ramai hinggakan nak berjalan n shopping pun susah . Last2 buat muka x kisah je...bila kita dah masuk dalam kedai , mereka tak ikut lagi... tp sanggup menunggu kita di luar kedai.. tu yg haru tu ! Aduhai... x heranlah knp mereka mnjadi bangsa yg rajin dan tabah bila sampai Malaysia .... Wahai anak bangsaku, jadilah seperti mereka yg tabah itu, tp jangan pula mengemis atau mengepau orang.... he he .



Dek kerana diganggu, perasaan nak shopping skit2 pun jd terbantut ... apatah lg aku kena jaga duit group, adalah dlm 11 juta, so kena lah lebih hati2. Kota bandung ni hebat juga weh, butik2 fesyennya besar2, gedung perniagannya ada macam2 . Berbeza dgn kita di malaysia, gedung yg gah dan mewah di sini letaknya sebelah menyebelah dengan gerai2 kaki lima . Kdg2 nampak jurang ekonomi yg ketara antara Si Kaya dan Si Miskin . Untuk lebih selesa kami terus berjalan ke Cihampelas Walk, kat sana ada gedung membeli belah yg agak mewah . Kira mcm Bintang Walk dekat KL la... masuk dalam kompleks tu terasa "ammen (aman) banget" ! dah xde dah pengemis dan org yg menjual2 mcm td . Kami masuk ke salah sebuah shopping complex yg terkenal di Bandung, "Toserba Yogya" namanya . Tak jauh bezanya dengan kompleks2 membeli belah di Malaysia walaupun aku rasa xlah sebesar MidValley Megamall, one utama atau The mines. Boleh dikatakan, kemajuan Kota Bandung agak pesat walaupun dari segi prasarananya tidak dapat menandingi Kuala Lumpur . wokay..... sambil pusing2 sempatla beli sedikit buah tangan n snek untuk santapan kat bilik nanti .



Malam pun tiba dan kami pun bertolak pulang, sebelum tu singgah di gerai2 makan.... Budaya di sini, penduduknya lebih suka mengunjungi gerai, mungkin faktor harga menjadikannya begitu . Kalau masuk restoran dikira agak mewah tp betul juga sebab di sana aku tgok, restorannya memang hebat dan elit . Dari aspek dekorasi restoran, servis dan sajian menu , mungkin orang2 yg kelas kedua sahaja yg sanggup ke sana . Tp xdelah smp menandingi restoran2 hotel . Dengan kata lain, kat sana banyak pilihan, tepuk dada tanya hati dan poket sendiri .

Turun bas je, kami ke gerai pilihan masing2. Bronaz masuk ke sebuah gerai yg menyediakan masakan panas . boleh tahan juga, harganya pun murah skit berbanding di m'sia . Ms tgh makan tu dah jd kebiasaan di sana, pennyanyi2 jalanan akan datang menghiburkan pelanggan... biasanya lagu2 pop semasa yg dinyanyikan ... x dinafikan mmg sedap . Petikan gitarnya pun sedap didengar . agak pelik bila Bronaz tgok budak yg menyanyi tu umurnya mgkin baru 10 atau 11 tahun . Gitar yg dibawanya pun kecik je .... habis je makan kitaorg terus belah... Penyanyi cilik td menghulurkan tabung kiranya ada yg nak bg sumbangan.... begitulah nasib mereka, sekolah atau tidak mereka tu x pastilah...



Masa nak naik bas, hatiku tersentuh bila melihat dua orang kanak2 kecil, mungkin 2 beradik satu lelaki dan sorg pmpuan yg bersila dalam gelap, si Abang sedang menyuapkan nasi untuk si adik . Mereka berkongsi sebungkus nasi rupanya. Menyedari kehadiran kami, mereka nampak cuak dan takut2 . Kat situ juga nampak ada kotak2, mungkin untuk mereka alas tidur . Aku rasa mcm nak bg duit, tp xde duit kecik, nak tak nak buat muka selamba je lah .



Bas bertolak balik ke hotel , dlm bas aku masih teringat wajah kedua2 budak td, kesian sangat aku rasa... mungkin mereka anak yatim piatu, kalau tak takkanlah mlm2 begini mrk masih tak pulang ke rumah . Ya Allah, semoga mereka selamat dan tidak susah berpanjangan... itu je yg mampu aku doakan .



Sampai hotel, aku mandi dan solat . And then, apa lagi . ....Tidur laaaa....penat sangat . c u 2moro !