Rabu, 22 April 2009

Dalam kekalutan Ini

Assalamualaikum.... Buat kawan2 yg kebetulan terbaca blog ini.

Dah lama aku tak menulis untuk blog tunggal aku ni.... bukan xde idea tapi x jadi2 nak tulis bila komitmen banyak ke hal2 lain.....senang cerita kira sibuk laaa...

Malam tadi aku sempat berSkype ngan Awe Sulong (Cerita Baghi) , dia tanya "knp lama tak update blog?" aku jawab, "sibuk n kurang masa". Masa sebenarnya tak kurang sedikitpun tp manusia yg suka bertangguh2, ye tak?...The wisdom said " Orang yang bertangguh itu pencuri masa" ada betulnya kata2 dia... sebab apa, aku dah rasakan bahananya sekarang.....waaagrrrhhh...

Untuk makluman korang semua aku skrg tgh demam, bukan demam fizikal tapi mental.... nasib baik tak sampai tahap stress, wlupun rasanya dah nak ke arah itu... dan nasib baik juga dlam sem ni aku ada ambik paper pengurusan Stress dan sokongan pengajaran.....jadi sikit sebanyak boleh la membantu mcmana menguruskan stress dan mengelakkannya dari berlaku.

Antara punca aku jd sibuk banyak (bukan skit) sem ni ialah sbb skrg aku dah sem akhir, dan skrg juga aku tgh ligat berusaha untuk 3 dalam 1 (mcm kopi plak)... di saat2 akhir ni aku tgh study untuk exam sebab skrg musim exam, tgh siapkan tesis dan juga assignment penulisan Braille yg ada skit lg nak siap tp x siap2. Aku rasa dah beberapa hari aku tak pegang benda tu... ada la terperosok bawah katil tu haa... kebetulan pula, hr tu aku sibuk dgn urusan bandung...tajuk tesis baru dapat lepas tu....jadi lambat la aku mula.... sem ni plak banyak subjek aku ambik, nak habiskan 3 tahun punya pasal....waaaaa..... isk isk isk.. (alasan.....)

Malu nak cerita dgn orang sbb org lain pun dah ramai yg masuk U juga tp bleh plak lepas. Pokok pangkalnya dari kita sendiri kan! bijak mengatur masa dapatlah hasil yang terbaik, ye tak ? apapun aku rasa semuanya akan beres sedikit masa lagi.... "kita yg buat dia, bukan dia yg buat kita". Itulah kata2 keramat kawan aku yg aku rasa senasib ngan aku gak.... mgu depan kena viva depan lecturer, tmasuk la dia sekali..ha ha,,,haruuuu!!!!.... mengingatkan hari tu....aku rasa seram sejuk dah.

Course pengajian yg aku ambik skrg sebenarnya xdelah susah sangat tp banyak hands on dari minds on, setiap sem kami kena keluar ke beberapa tempat yang diarahkan. dah merata tempat kami pergi, sekolah, pusat kebajikan, hospital, klinik, hutan, laut, kem rekreasi n banyak lagi... semuanya semata2 nak cari pengalaman and collect data. Untuk sebuah Degree, Sarjana Muda Pendidikan Khas. InsyaAllah bln Ogos nanti aku dapat benda tu. tp sebelum tu kena praktikum dulu, mula 11 mei hingga 17 julai ni, kat Melaka...adoi.........tension gak weh, kesibukan bertimpa2.... x tau la bila pulak kisah Bandung aku tu nak bersambung....he he .....

Esok aku ada exam, paper (Pengurusan dan pentadbiran Pend. Khas) . Boleh tahan juga, kena ingat akta n some fact tentang pengurusan Program pend. khas di M'sia. ....tp dah petang, malas nak study...jadi boleh la mencoret skit dlm bog yg x seberapa ni.... "belajar biar sikit tp bermakna"...itu la kata2 yg aku pegang, thats why smp sekarang aku tak suka study..... study pun last2 minit sebab bagi aku tu la time yg bermakna...he he............alassan lagi.



For my wife and son....korang bersabar ye.... x lama lagi Abah akan duduk ngan korang lama2....Insyaallah.

okeh......jumpa lg...blog ditangguhkan ke suatu masa yg x pasti lg....wassalam.