Sabtu, 27 Jun 2009

sengketa tak berkesudahan

Assalamualaikum!

Bertemu lg kita. Ptg ni rasa 8g (lapang- kod trengkas baru) skit....mklumlah esok cuti wlpun hr ni semua guru2 tlibat ngan sekolah ganti. Rasa x best je bila kena dtg sk sabtu tp apa nak dikata, terima je lah..lagipun cikgu dah banyak cuti...so x kisahlah kalau sesekali kena ganti tu.

Ptg ni Bronaz nak berbicara tentang senario politik negara pd masa sekarang. Sebenarnya aku bukanlah berminat dan arif sangat bab2 politik ni...nak sembang lebih2 pun rasa malu, takut2 terkeluar fakta. Tp apa yg terdetik dihati dan terlintas di fikiran kadangkala rs nak dikongsi... lebih2 bila skrg ni isu ni jadi semakin membarah.... ringkas cerita, siapa tak kenal Tuan Guru Nik Aziz? seorang yang berkaliber, terkenal dengan sifat warak, alim dan rendah diri. Ramai mengakui begitu, termasuk yg bukan beragama Islam pun. Namun akhir2 ini banyak isu dan tohmahan dilemparkan pada beliau. Sebagai orang Islam yang faham agama (walaupun bukanlah alim), aku rasa tersentak...lebih2 lagi bila terbaca keratan Utusan Malaysia hari ni 27 jun 09.. "Nik Aziz Makin Keterlaluan". Istilah "makin keterlaluan " bagi aku suatu stigma atau konotasi yang amat negatif untuk ditujukan kepada seorang Tok Guru....yang berkata tu pulak setau aku adalah seorang berkelulusan ekonomi dan bukanlah alim agama...wlpun hebat juga dia, seringkali keluar TV n sembang2 pasal ekonomi antarabangsa. Dolu2lah....sekarang dah x berapa nampak.

Aku teringat pada salah satu Hadis yg aku baca dalam buku 40 hadis akhir zaman. Islam itu datang secara dagang (asing) dan akan kembali dagang. Maksudnya di sini betapa Islam itu bermula dalam keadaan asing dan akhir zaman nanti akan dikira sebagai asing. MaasyaAllah, saat itu sudah semakin hampir. Dulu betapa Islam amat asing di bumi Mekah sehinggakan Rasulullah juga dikecam hebat, dituduh gila dan sebagainya. Namun akhirnya Islam diterima dan terus gemilang mengatasi agama2 lain.

Kita sepatutnya sedih bila ulamak dicerca, dihina dan ditolak. Aku tahu Nik Aziz bukanlah sembarangan orang dan setiap kata2nya bukanlah melulu walaupun kedengaran agak pedas. Betullah sabda rasulullah bahawa di akhir zaman nanti bahayanya alat tulis, maksudnya di sini peranan media terlalu besar. Banyak keburukan dan fitnah yg boleh ditimbulkan melauinya. walaupun media juga suatu wadah yg berkesan untuk menyampaikan ilmu namun kalau dapat pada orang yg menyalahgunakannya, terAMATlah bahaya.

Bukannya aku nak memihak kepada mana2 parti namun perkara ini kita boleh fikir dengan akal logik, falsafahnya mudah, Apa lagi yg diperlukan oleh sebuah negara Islam kalau bukan cara hidup dan perundangan Islam? Dan, bukankah mengamalkan Islam bagi penganut Islam itu suatu kewajipan mutlak?

Seperkara lg yg inginku kongsi di sini ialah pengalaman ku sendiri bila berjinak2 dengan pelajar2 rakan seuniversiti. Lebih susah bila kita bercakap dengan org yang pandai. Bila kita ketengahkan hujah yg betul mereka kata mereka juga belajar agama. Kata mereka lagi, "politik sekarang hanyalah politik, semua orang xde yg jujur" (jadi dia sdripun x jujur jugak lah, ye tak!). Nah....apa lg kita nak kata.? Betapa hebat fahaman sekular yg telah tertanam.

Aku juga terfikir, ramai umat Islam sekarang ni bila nak buat sesuatu yang mereka nak buat, cubalah sedaya upaya cari pendapat yang mengatakannya boleh contohnya melabur dalam ASB (mintak maaf pada yg terlibat, hamba sekadar menyatakan prinsip yang dipegang).....kalau dah nak, cari jugalah pendapat yg mengatakannya boleh.....(lagu2 mano pun nak "kehel" jugok, kata ore klate) pendapat dari luar negara lg baik...lebih international....samalah juga bila nak naikkan harga minyak....nama2 negara yg harga minyaknya lebih mahal akan disenaraikan.

Hai....entahla Malaysia...kdg2 pening aku nak fikir ttg Mu...tp x fikir langsung pun x bleh gak, sebab aku juga rakyat Malaysia....Ok sekian dulu...banyak2 nanti jd melalut pulak...

P/s: Jika ada kata2 aku kat atas td tu yg tak betul tlg perbetulkan lah ye, Bronaz x kisah!....samada dalam ruangan komen atau chatting box. Maklumlah aku bukannya terer dalam bidang agama dan politik ni. Maaf jika ada yg tersinggung. Wassalam.

Sabtu, 13 Jun 2009

Titian Perjalanan

Assalamualaikum!

Setelah agak lama menyepikan diri, akhirnya terbuka hati untuk menulis lg pd petang yg sunyi lg berjerebu ini. Buat teman2, sudah agak lama hamba x muncul dlm arena blog ni. Bukan apa, hamba sebenarnya bukanlah melarikan diri dari Ah Long, dibuang daerah mahupun bertapuk (bersembunyi) dari pihak media... he he. Sebenarnya hamba sedang meneruskan sisa2 perjuangan di daerah baru. Kali ini hamba menulis dari Melaka pulak... kebetulan baru pg td smp melaka setelah 2 minggu bercuti bersama keluarga. Nampaknya mcm ni lah, selagi hidup, kita perlu terus berjuang.

Oklah.... dipendekkan cerita, aku sbnrnya tgh menjalani praktikum kat Melaka, bermula 11 Mei hr tu hinggalah 17 julai nanti (10 minggu). Dan selepas ni belum pasti lg kemana diri ini akan tercampak (posting), harap2 dpt balik kg...rindu ku pd keluarga dan kg halaman sudah tak tertahan.... aku dah puas merantau. Selama 2 minggu cuti sekolah banyak kngan indah tercipta, rasa amat puas setelah hampir 2 bulan sibuk dgn pengajian n praktikum, akhirnya dapat mengecap saat manis bersama keluarga tercinta. 2 minggu cuti mmg terisi dgn aktiviti jom kenduri dan cuti2 Malaysia. resam hidup berkeluarga, x sama dgn life ms bujang dulu... hati kedua2 belah keluarga nak kena jaga jd sebab tu lah 2 minggu br ni aku sibuk memanjang..bkn sibuk apa...sibuk ngan jalan2 n jalan2... disamping tu kenduri pun bukan main banyak... ada gak la satu dua yg terlepas... x sempat nak p bila bertembung.

Baru ni ms p bercuti kat Sweet Beach Resort Tok Bali aku bjumpa ngan Azam Bakri, kawan lama ms kat Sabah dulu.. dia dh ada 2 anak skrg. Anak sulungnya Aisyah, yg pernah aku dukung dulu dah pun Tahun 3, bila difikirkan balik, begitu cepat ms berlalu... sememangnya hidup kita sentiasa berubah dan kita perlu berubah. Lama juga sembang, banyak cerita bila sesekali dpt berjumpa. Aku merancg untuk buat hari kuarga khusus untuk kwn2 yg pernah berkhidmat di Kinabatangan, x kisahlah smada yg dah balik semenanjung atau yg xnak balik2... (woi..balikla..) he he. Bukan apa, sekadar nak merapatkan silaturrahim yg telah lama terjalin.. harap2 dapat sambutan. Tarikhnya... InsyaAllah cuti panjang bln 12 nanti. Nanti aku akan war2kan....tguuuu. InsyaAllah kali ni biar jadi.

Kat bawah ni bronaz selitkan gambar trbaru bronaz n keluarga. Yg pakai serban tu ayahanda bronaz, yg pakai spek tu plak isteri bronaz dan yg kecik tu sudah semestinya anak bronaz....ni masa kitaorg bkelah kat jeram linang.. gambar satu lg tu kakak n anak buah bronaz.