Ahad, 19 Julai 2009

Sudah habesss!

Assalamualaikum!





Alhamdulillah...MISI SELESAI! Syukur yg teramat sangat, penantian ku selama 3 tahun dah berakhir pd jumaaat lepas. Aku dah selesai menjalani praktikum dan automatically itulah hari terakhir aku bergelar sbg student. Setelah 3 tahun berhempas pulas menyibukkan diri kat UKM, akhirnya saat gembira tiba jua. Susah nak digambarkan dgn kata2 betapa syukur, tenang, suka, gembira dan segala yang baik2 tergambar difikiran. Dah 3 hari aku sampai ke kampung dari Melaka. Minggu terakhir praktikum aku bawa kereta lamaku ke Melaka supaya senang urusan mengangkut barang.... banyak juga barang2 yg nak ku bawa pulang..kira penuh jugak lah bonet n seat belakang...maklumlah 3 tahun...macam2 ada. Saat memandu dalam prjalanan yng jauh memberiku kesempatan mengimbau kenangan2 lama masa aku mula2 mendaftar kat Universiti dulu sampai lah sekarang (tp xdela aku drive kereta sambil berkhayal)... Dah banyak suka duka aku lalui sepanjang berada di UKM, rasanya kalau aku rajin menulis dah boleh buat novel dah. Sebelum tu aku singgah kat UKM, saja nak lepak2 bilik kawan, kbetulan ada barang2 yg diorang tumpangkan dalam keretaku. Suasana UKM sepi masa tu, mungkin sebab hr cuti. Lebih kurg 3 jam kat situ, aku meneruskan perjalanan ke Gombak, singgah ambil barang sekejap...(eh eh! banyak benor ke barang2 aku? mcm nak pindah negeri pulak... sebenarnya memang nak pindah negeri pun). Nasib baik ada sorg kawan yg nak ikut balik kg, jd xle aku kesunyian dalam perjalanan nanti.

Dalam prjalanan, kami banyak berborak untuk hilangkan mengantuk, almaklumlah sejak praktikum ni aku rasa masa tidurku cukup ciput, selalu aku overnight. Nak siapkan Lesson Plannya, teaching aidnya n macam2 lagi lah...mengajar pendidikan khas nampak mudah tp alatan mengajar kena banyak, kdg2 rasa mcm mengajar Prasekolah pulak...tp x kisahah, demi agama, bangsa dan negara aku turutkan jua...

Sekali fikir mmg hidup ini kdg2 tak best, tp itulah hakikatnya sebuah kehidupan, best dan tak best bercampur baur...paling best bila masalah yg tak best tu dapat kita selesaikan dengan tuntas. Kalau dulu aku tak buat keputusan berani mati untuk menyambung pengajian kat UKM ni, mungkin nikmatnya aku tak dapat rasakan sekarang. Takdir juga adalah satu sebab kenapa sesuatu itu berlaku dalam hidup kita. So fikir positif je lah, menyesal dengan masa lalu tak membawa kita ke mana-mana sebaliknya jadikan ianya satu pengajaran untuk kita merancang dan mengubah masa depan....Betul tak Ipin?

Kini aku dah berada di kampung, bersantai bersama keluarga sementara tunggu posting baru. Dengarnya 2 ogos nanti aku kena kembali beraksi... menyarung jersi perguruan. Tempatnya tak pasti lg kat mana sebab belum ada surat tawaran yg sah diterima setakat ini, tp aku dah dapat khabar gembira masa tepon JPN Kelantan hari tu...tempatnya x jauh, area sini2 juga dan bertepatan dengan tempat yg aku mohon dalam borang tempohari, kira rezki aku la tu. InsyaAllah nanti aku bagitau kemudian.

Aku berdoa semoga semua urusan dipermudahkan Allah dan harap2 aku akan lebih tenang, ceria dan bersemangat untuk berkhidmat kali yang ke dua nanti. Ok friend... Jumpa lg.......wassalam.