Ahad, 22 November 2009

Banjir, Hobi & Kenangan.

Sungai di blkg rumahku " next mission "

Memancing kat Semporna, Sabah

Banjir datang Lagi!!!

Banjir @memancing@memukat@ cari ikan, adalah satu perkara yg saling kait mengait. Seperti kebiasaannya negeri2 pantai timur menerima nasib yang sama apabila tiba musim tengkujuh. Tak terkecuali juga negeri2 belah utara. Pendek kata banjir boleh mengubah lanskap kehidupan setiap manusia. Suatu musim suram bagi sang nelayan, penoreh getah, pesawah maupun mangsa yang terlibat. Kepada semua mangsa banjir, harap bersabar dgn musibah yang menimpa. Kg aku sdiri dah lama sangat x banjir sebenarnya, last banjir seingat aku sewaktu aku di Form One. Menariknya pengalamanku di era akhir kanak-kanak masa tu, sebabnya banjir hanya sedang2 elok untuk main air je, xdelah sampai berpindah randah atau membawa kemusnahan harta benda.

Kali ni aku nak cerita pasal hobi aku yg dah agak lama aku tinggalkan. Aku sebenarnya minat memancing. Tak kiralah samada kat laut ke,sungai ke, kolam ke mahupun parit n tali air, semua aku bedal. Kalau kat laut tu kira bertuah sangat la dan boleh disifatkan berprofil @ berisiko tinggi. Pendek kata, nak kena join kaki pancing yg hardcore dulu baru bleh pegi sana. Bila sebut memancing ni sejurus aku teringat member2 lama kat Sabah yg merupakan pemancing tegar…Wan Leh, Mat Hamzah, Zul, Yusri, Suhaimi, Denan n ramai lagi. Tp kawan seJoranku yg paling sempoi ialah Zaizul. Anytime anywhere, asal buka mulut: "jom" je, mesti jadik.. Port kegemaran biasanya kat belakang rumah sewa kami sdiri. Ramai x tahu kat situ ada lubuk best(klu tahu pun mungkin diorg anggap tempat tu Low Class! Cess, berlagaknya mereka!)….Sebabnya, mcm2 ikan ada kat kolam tu. Haruan, Keli, Puyu, Sepat, Tilapia, Ikan ubi dan jangan lupa anak Tapah pun ada gak (tp anak je lah, ibu bapaknya aku x pernah dapat…hu hu) Kdg2 kalau nasib x baik dapat pulak sejenis spesis terancam iaitu Kura-Kura Katup yg badannya berbelang hijau kuning tu, rupa comel tp xbleh dimakan.

Setiap kali turun memancing selalunya kami tak pernah pulang hampa dgn tangan kosong, paling koman pun kami dapat bawak balik joran kami tu...he he. Tak tahulah sekarang ni ada lg ke tak kolam tu. Kolam tu bagiku unik dan special sbb telah di hybrid secara semulajadi dengan anak sungai. Kalau adapun rasanya ikan2 tu dah tua bangka dan dah membesar mcm Arapaima Gigas, almaklumlah dah xde orang yg sudi hunting kat situ lg. Dulu2, kat situ kiranya tempat kami raptai atau warming up sebelum memancing di laut dalam (he he… Koya Demo!).
Bila balik kampung, semangat nak memancing masih ada tp selalunya tak tertunai disebabkan ketiadaan port yg hampir dan sebab paling utama adalah aku belum jumpa geng yg berkongsi minat yang sama….Keciaan!
Korang tahu tak kenapa tetiba aku masukkan entri pasal mancing ni? Tak lain tak bukan sbbbnya kat belakang rumah sewaku skrg ada sebatang sungai yg membuatkan aku semakin RINDU pada hobi lamaku.….Sepanjang di Sabah beberapa tempat aku dah explore memancing bermula sejak aku di Tuaran, Beluran, Kinabatangan, Semporna dan paling best kat belakang rumah di Bukit Garam. Very momento! zasssss…..! wassalam, jumpa lagi. selamat bercuti!








Sabtu, 21 November 2009

dah potong...

Salam....

Waahh.....dah lama x masuk sini. Last posting masa lepas konvo hr tu. Emmm...hari ni ntah kenapa tetiba rasa rajin semula nak blogging walhal dah dekat 2 bulan aku jd malas giler nak buka blog. Psikologist selalu mengatakan bahawa seseorang akan menjadi rajin jika didorong atau terdesak untuk mendapatkan sesuatu...tp aku rasa mgkin tak tepat bg aku wlupun skit2 tu ada gak betulnya. Aku jd malas sbb bertangguh walaupun kdg2 rasa nak menulis tu tetap ada. Manusia juga bleh berubah tiba2 especially dr segi minat dan emosi. Semenjak 2 menjak ni nak buka itrnet pun aku rasa malas, alih2 klu buka pun just nak baca paper, belek2 facebook or mudah.my. Alasan paling konkrit knp aku jd malas berintenet sbb line celcom broadband aku mcm baanngannggg since lepas raya hr tu...cukup2 menyakitkan hati. Kejap2 kena re-connect..putus memanjang. Paling aku hangin bila tgh berYM tu tiba2 tgok ikon network tu dah jd pangkah....maknanya dah offline la tu. Tpaksa la sambung balik berkali2 smp dapat...mana tak hangin, padahal tiap2 bulan aku bayar awal ape? (cess...membebel mcm auntie bedah plak aku hari ni) .

Dan sekarang ni aku dah potong (opps....). Sebenarnya aku dah bertukar pada p1 wimax, barulah aman skit hidup aku.... dan celcom broadband bakal muflis x lama lg sbb aku dah terminate ....ha ha ha baru padan muka diaorang. Sapa suruh bg servis x bagus kat aku? he he... mcm la besar sgt sumbangan bulanan aku kat mereka tu, tp kalaulah satu juta org buat mcm aku ni dah konfem RM68 juta diaworang rugi dalam sebulan.... kan kan kan?. Geram betul, bila berkali2 aku tepon service centre utk buat report asyik2 cakap alasan yg sama, line x stabil lah, pengguna ramailah n mcm2 lg. Dah tau ramai pengguna, tambahlah keupayaan coverage korang! ye tak? xpun pasang la pencawang banyak2 mcm tiang letrik tu. Selain tu ada gak diaorg bg tips "encik cuba buat tu, n then buat plak mcm ni...klu x jd gak kira nasib encik yg malang laa"....he he (saja modified ayat, bg fitnah skit kat diorg tu). Tp aku rasa mungkin sbb lokasi kot, tp kenapa seblum ni ok je pun...kat rmah ni jugak aku tinggal. Hemmm.....xkan aku nak pindah rumah semata2 nak bg line itrnet clear....x praktikal langsung.

Oklah....aku rasa aku dah melalut dah ni....Sebenarnya aku nak cerita benda lain tp lain plak jdnya...susah hidup kalau xde perancangan ni ye!...Adapun sbenarnya tujuan aku masukkan entri ni just untuk bgtau kawan2 semua bahawa aku masih wujud... ha ha wassalam....jumpa lg.