Isnin, 20 Oktober 2008

Meaningful Dinner






Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Malam tadi (19/10/2008) kelas bronaz mencipta sejarah apabila berjaya mengadakan dinner yang bagi bronaz amat bermakna biarpun kitaorg buat kat fakulti je. actually setakat makan2 tu apelah sangat!! tp ape yg terasa menariknya ialah coz ianya julung2 kali diadakan. Dengan bayaran hanya rm 10 sorg, semua dpt kepuasan makan dan masih terasa spt suasana hari raya . Lebih best lg, mlm td hujan turun dgn lebatnya, bagai meraikan jamuan ukhuwwah kami semua. susah nk dapat berkumpul ramai-ramai mcm tu, maklumlah course pend. khas bagi bronaz adalah program yg paling pecah belah(tp bkn suka gaduh2 tau) . sedar tak? kita dipecah2kan kpd 4 optional dan masing2 ambik minor yg berlainan. kata je satu kelas tp nk berjumpa 2 kali smgu pun susah... so ape salahnya klu sesekali kita adakan gathering mcm ni...best jugek kan!!! bronaz yg dah tua ni pun bleh enjoy sama ...he he .

Seronok dpt tengok adik2 semua sporting...walau bronaz tak cakap pd malam tu, tp bronaz sebenarnya memerhati.... paling bronaz suka tengok bila kak shahani, brozack dan jiman yg berkereta mlm tu volunteer sanggup jemput kwn2 yg trkandas dlm hujan kat kolej masing.. semua tu dilakukan dgn ikhlas atas dasar persahabatan... gang2 Linda Bengkeng plak dgn inisiatif sendiri cuba adakan aktiviti supaya dinner mlm tu tambah meriah... T kasih & Tahniah diucapkan..... u all mmg best...

bronaz sdri pun mlm tu kena kotak beracun... tpaksalah peluk "Medi" yg tinggi menggalah tu... mudah2an Hamdi tringat dan makin sayang kat bronaz..he3x . selain bergambor dgn aksi yg pelbagai kitaorg juga dapat menyelami hati budi masing2... rupanya yg pemalu pun ramai makwe dan pakwe, tu yg seronok tu dpt cungkil rahsia tu...

Oklah, bronaz tak nak celoteh panjang nanti assignment bronaz tak siap... skg ni semua tgh demam... elok juga tu dlm sibuk2 ngan assignment apa salahnya kita selang selikan dgn excitement . Asal jgn melampaui batas dah le ...ye tak !

kpd Maisarah yg berusaha menjayakan dinner mlm td, special big thanks for u ....kpd yg tak join dinner mlm td tu.... tebus kerugian anda kat P.D nanti... insyaallah kalau jadi .

Rabu, 15 Oktober 2008

Selamat mengulangkaji


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman2 sekuliah!


Exam tak lama lagi, kalau dihitung2 tinggal 2 minggu je lagi. kpd member2 seperjuangan, x payahlah risau sangat , xkan lari dewan peperiksaan dikejar. samapai masa kita p la sana ramai-ramai. kepada member classmate yang tgh study maut tu jgn lupa siapkan assignment di saat2 kritikal ni. Pada yang pernah dapat "dean list" tu, cubalah kekalkan kejuaraan. pada yang belum mcm bronaz ni usaha2kanlah setakat termampu. biar jadi kenangan kat ukm ni,,, bukan senang nak dapat tu beb ! bronaz yang dah 3 dekad ni pun x dapat2 lagi....rasanya memang dah x dapat dah .....he he . (ni gambar masa group kitaorg tgh present untuk kelas dr ramlee, nampak tu Bronaz tgh khusyuk cari poin untuk jwb soalan, yg lain2 tu harapkan muka je cun tp xbleh harap...heh heh )

Selasa, 14 Oktober 2008

Buat permulaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera !

Ini kali pertama saya menulis dalam blog terbaru saya. Buat kengkawan kat luar yang masih mengingati dan mengenali diri ini diharap sudilah berkongsi cerita, pengalaman dan apa saja bahan terkini buat tatapan semua pengunjung. nak kongsi ape? apa2 sajalah yang boleh mendatangkan manfaat bersama . ok,, jumpe lagi dalam slot2 akan datang ...