Sabtu, 13 Jun 2009

Titian Perjalanan

Assalamualaikum!

Setelah agak lama menyepikan diri, akhirnya terbuka hati untuk menulis lg pd petang yg sunyi lg berjerebu ini. Buat teman2, sudah agak lama hamba x muncul dlm arena blog ni. Bukan apa, hamba sebenarnya bukanlah melarikan diri dari Ah Long, dibuang daerah mahupun bertapuk (bersembunyi) dari pihak media... he he. Sebenarnya hamba sedang meneruskan sisa2 perjuangan di daerah baru. Kali ini hamba menulis dari Melaka pulak... kebetulan baru pg td smp melaka setelah 2 minggu bercuti bersama keluarga. Nampaknya mcm ni lah, selagi hidup, kita perlu terus berjuang.

Oklah.... dipendekkan cerita, aku sbnrnya tgh menjalani praktikum kat Melaka, bermula 11 Mei hr tu hinggalah 17 julai nanti (10 minggu). Dan selepas ni belum pasti lg kemana diri ini akan tercampak (posting), harap2 dpt balik kg...rindu ku pd keluarga dan kg halaman sudah tak tertahan.... aku dah puas merantau. Selama 2 minggu cuti sekolah banyak kngan indah tercipta, rasa amat puas setelah hampir 2 bulan sibuk dgn pengajian n praktikum, akhirnya dapat mengecap saat manis bersama keluarga tercinta. 2 minggu cuti mmg terisi dgn aktiviti jom kenduri dan cuti2 Malaysia. resam hidup berkeluarga, x sama dgn life ms bujang dulu... hati kedua2 belah keluarga nak kena jaga jd sebab tu lah 2 minggu br ni aku sibuk memanjang..bkn sibuk apa...sibuk ngan jalan2 n jalan2... disamping tu kenduri pun bukan main banyak... ada gak la satu dua yg terlepas... x sempat nak p bila bertembung.

Baru ni ms p bercuti kat Sweet Beach Resort Tok Bali aku bjumpa ngan Azam Bakri, kawan lama ms kat Sabah dulu.. dia dh ada 2 anak skrg. Anak sulungnya Aisyah, yg pernah aku dukung dulu dah pun Tahun 3, bila difikirkan balik, begitu cepat ms berlalu... sememangnya hidup kita sentiasa berubah dan kita perlu berubah. Lama juga sembang, banyak cerita bila sesekali dpt berjumpa. Aku merancg untuk buat hari kuarga khusus untuk kwn2 yg pernah berkhidmat di Kinabatangan, x kisahlah smada yg dah balik semenanjung atau yg xnak balik2... (woi..balikla..) he he. Bukan apa, sekadar nak merapatkan silaturrahim yg telah lama terjalin.. harap2 dapat sambutan. Tarikhnya... InsyaAllah cuti panjang bln 12 nanti. Nanti aku akan war2kan....tguuuu. InsyaAllah kali ni biar jadi.

Kat bawah ni bronaz selitkan gambar trbaru bronaz n keluarga. Yg pakai serban tu ayahanda bronaz, yg pakai spek tu plak isteri bronaz dan yg kecik tu sudah semestinya anak bronaz....ni masa kitaorg bkelah kat jeram linang.. gambar satu lg tu kakak n anak buah bronaz.













Tiada ulasan: