Isnin, 24 Ogos 2009

catatan konvo 2009

Bersama famili tersayang
Bersama Pensyarah

Bersama adik2 classmate


Ketiga-tiga otai telah selamat Grad, adik2 tahun depan pulak ye.



Salam Ramadhan untuk semua!


Dah masuk hari ke 3 kita berpuasa ye! patutlah badan dah rasa mcm slim...harap2 solat tarawih tetap tembam....xdelah menguncup bila tiba hujung2. Memang elok benar bila ketibaan ramadhan tahun ni serentak dengan cuti sekolah...rasa lebih feel. Al maklumlah bulan puasa , kalau boleh rasa nak rehat je. Tringat masa puasa kat asrama tahun lepas...bosan juga, tambah plak klu ada kuliah petang. Lepas kelas terpaksa merempit p bazar ramadhan pastu masuk bilik, berbuka sorang2...sunyinya waktu tu...kawan2 kamceng plak tinggal kat kolej berbeza, jauh plak tu...tu sebabnya kadang2 sanggup keluar p kolej atau rumah sewa kawan semata2 nak berbuka sama2. Tahun ni alhamdulillah, dah dapat berbuka n bersahur bersama kuarga.

Oh ya, sementara masih panas2 ni Bronaz nak bercerita tentang Konvo baru2 ni. Alhamdulillah, Boss bagi cuti 3 hari, so dapatlah p sana bawa kuarga. Bronaz bertolak ke sana pagi sabtu n ptg selasa bertolak pulang ke Kelantan. Sepanjang konvo Bronaz menginap di 3 tempat, malam pertama di Gombak, mlm ke 2 di Bangi n malam ke3 di Hulu Langat. Semuanya rumah saudara mara. malas nak sewa2 hotel, lagipun time nilah nak kenal2 rumah diaorang, kalau bukan masa2 mcm ni memang xde peluang la.


Ok, kat atas tu Bronaz selitkan gambar sempena Konvo.... meriah juga tambahan pula adik2 classmate yg sporting siap buat banner lg untuk kitaorg... semua yg dah grad dlm gambar tu nampak mcm matured skit sebab kitaorg dari program Saluran ke 2 dan PKPG...manakala adik2 tu semuanya freshie lg. Diaorang semua merupakan ahli Bronaz FanClub, he he...Tahun depan diaorg pun akan Grad... InsyaAllah.

Oklah....jumpa lagi... selamat berbuka puasa.

Tiada ulasan: