Khamis, 6 Ogos 2009

Dari Kota ke Kota

Assalamualaikum!



Bertemu lg kita dlm bulan yg mulia ini... x smp 2 mgu lg kita akan sambut puasa n seterusnya raya... mcm baru je raya tahun lepas, dah nak raya pulak dah... cepat benar masa berlalu.



Oklah, kali ni aku nak cerita pasal Job aku yg baru bermula mgu lepas ... hari Ahad 2 0gos membawa satu lg perubahan dalam hidup aku. Aku sampai ke skolah baru aku tepat jam 7.45 pagi waktu m'sia. Saja p lewat skit sebab sangkaku hr tu ada assembley tp rupa2nya takde. Perhimpunan diadakan setiap Isnin. Xpelah, lapor diri mana bleh p awal2 kan? nanti pengetua terkejut plak...he he. Lgpun hr tu aku kena hantar anak pd pengasuhnya n pastu plak p htr org rumah aku p skolah dia yg letaknya x smp 1 km dari rumah kami. P skolah bawa keta melalui trafik yg bergerak perlahan amat mendukacitakan, sementelah pula aku tinggal di kawasan Panji, setiap hari terpaksa menghala ke Kubang Kerian yg merupakan lubuk trafik light...waaargh... sosak dada Den!



Nama skolah baruku ialah SMK KOTA, letaknya di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, bersebelahan dengan stesen radio Kelantan FM. kat sebelahnya pulak, Sk Kota. Nampaknya nama KOTA memang sebati denganku...teringat sk lamaku yg jauh di sinun...Sk Kota Kinabatangan.



Besar juga sk aku ni, pelajarnya mencecah hampir 2200 orang, ada 2 sesi..gurunya plak ada 166 orang. Masuk je perkarangan sk, aku parking keta, pastu perkenalkan diri sambil bertanya salah seorang guru kat situ, kat mana bilik pengetua? selepas mendapat penerangan dari cikgu tu, maka dengan yakin aku melangkah ke sana. Sesampainya di depan bilik pengetua ada sorg cikgu berdiri kat koridor. Aku bg salam, berjabat tangan n bgtau tujuan. "Oo, cekgu baru, nok lapor diri la ni? xpolah ikut saya". Dia pun dengan yakin bawa aku masuk ke bilik pengetua yg kerusinya kelihatan kosong. Pastu dia duduk atas kerusi tu.. Laaa, rupanya dialah pengetua..patutlah confident je dia ajak aku masuk. Alhamdulillah, aku dapat pengetua yg mesra dan membantu. Lepas introducing lebih kurang, aku dibawa berjumpa dengan kerani data, guru PKP dan guru bertugas untuk daftar e-jari. Kat sk tu kdtgn staf direkod menggunakan e-jari. so, hari2 kena thumb print....bahaya nih... x bleh lewat, he he.



Bila dah selesai pendaftaran, aku segera berjumpa dgn Penyelaras Pendidikan Khas. Aku memperkenalkan diri, dan dia pula mengalu2kan kedatanganku bertugas ke situ. Orangnya juga cukup2 sempoi, kelakar dan mudah mesra, memang trade mark kbnyakan guru pendidikan khas agaknya.... jarang yg jenis "Skima". Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran sk tu termasuk aku sekarang ada 16 orang guru dan 6 pembantu pengurusan murid (PPM). Gurunya 6 lelaki dan 10 perempuan, PPMnya pula sorang lelaki dan 5 perempuan. Ramai juga tu, pelajarnya pula ada 65 orang dengan bermacam2 kategori ketidakupayaan tertentu. Kira mencabar gak la tugas aku selepas ni. Pengalaman hari pertama di sekolah baru cukup memuaskan, sikitpun tak rasa kekok, mungkin sebab aku dah lama jadi guru agaknya! pengalaman banyak membantu. Banyak masa free hr ni, so aku ambil kesempatan itu untuk berkenalan dan guru2 serta staf kat situ, di samping membiasakan diri dengan suasana baru. Tepat 1.30 tghr aku check out n terus blah.. esok aku akan datang lagi.

Kini, dah hampir 2 mgu di sini, aku dapat rasakan satu kepuasan. Sebelum ni aku sering membayangkan suasana kerja yg meyeronokkan tanpa banyak masalah. Setiap hari aku dapat bersama keluarga dan melihat anak membesar di depan mata. Hujung minggu pula aku dapat balik ke kampungku di Pasir Mas, bertemu keluarga. Syukur kepada Allah yg memberiku rezki untuk berkhidmat di sini. Jadikanlah tempatku menabur bakti ini suatu tempat yg baik lagi berkat untuk masa kini dan akan datang. Sebenarnya mengajar kat mana2pun sama je, kadang2 dirantau orang pun ada seronoknya, cuma bertugas ditempat sendiri bagiku adalah suatu bonus. Kita x perlu fikir banyak perkara dan segalanya mungkin lebih mudah. Mgu depan aku mengambil cuti selama 3 hari untuk menghadiri konvokesyen...semoga hari2 mendatang membawa seribu kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam hidup kami.
Ok fren, jumpa lg. wassalam.


Tiada ulasan: