Jumaat, 2 Januari 2009

kembara seorang aku # 3

Assalamualaikum !
Hr ni rasa bahagia dan sungguh tenang.... br lepas kemas bilik dan mop lantai....maklumlah, sem baru dah bermula. so kena la brsemangat skit...this week xde apa2 kuliah, cuma dtg awal sbb nak settlekan apa2 yg patut especially pendaftaran tesis untuk tahun akhir... insyaallah semester ni adalah yg terakhir bg bronaz kat ukm sebelum memulakan praktikum yang akan tamat pertengahan julai nanti... lepas tu lg, bln ogos nanti mgkin dah kena posting... mungkinlah tp blum pasti lagi... apapun perancangan perlu ada kan !

Sedar tak sedar rupanya dah dekat 3 tahun BroNaz menTUA kan usia kat UKM ni....tetiba je dah nak habis.... eh, ye ke ni ? dalam sibuk2 menghabiskan study ni ada juga enjoynya meskipun biasanya rs stress bila memikirkan assignment yang bertimbun2 . Masih teringat masa akhir sem lepas,,, masa tu last paper exam..... 3 jam tercangak kat kerusi dewan, dengan sejuk aircondnya lagi....fuh! rasa hampir2 jd frozen . Walaupun terkilan dengan soalan yg agak susah namun....Hidup mesti terus ! kan Bronaz dah kata, tak perlu kecewa jika usaha kita setakat cukup2 makan je ! Tp itu x brmakna kita boleh pandang mudah pada pengajian kita. Nak masuk u bukan senang, jadi dah dapat tu fikirlah 2,3 kali kalau nak enjoy sekalipun. sedari dulu lagi bronaz sedar bhwa bronaz bukanlah manusia yg score dlm exam... apa yg penting bg bronaz ialah ilmu dan kemahiran yg kita dapat dalam kuliah...dan itu je pun yg nak bantu kita bila betul2 dalam suasana kerja nanti . okay... kita sambung kisah kembara Bronaz ...jeng je jennggg !!!





Nak berkongsi sedikit pengalaman bronaz masa mula2 posting dulu.... hari pertama bronaz masuk kelas, hari tu hari isnin.... budak2 pandang bronaz semacam je... x tau apa persepsi mrk masa tu...tp bronaz buat tak kisah je... kononnya nak tunjuk serius pada hari pertama... dan sbnrnya itu petua yg lecturer bg masa kat maktab, katanya kita mesti serius pada hari pertama kita masuk kelas, " your first impression is so important, you must tell your pupils that you is serious person, otherwise ,they will make you like a toys " baru murid2 respek dan ada gerun skit. Bronaz percaya pd kata2 tu dan bronaz dah aplikasikan . Pada mulanya semua berjalan dgn lancar, bronaz perkenalkan nama dgn serius, bercakap serius, berjalan serius, batuk serius (kebetulan ms tu br baik demam) n everything is serious . Bronaz suruh murid keluarkan buku dan nak mula mengajar.... kononnya taaruf nama setiap murid kemudian2 nantilah..Tiba2 bronaz rasa pelik... kenapa semua budak masih berdiri ? Oh, rupa2nya... Bronaz lupa arahkan mereka duduk dan budak2 ni plak tak berani memandai2 nak duduk sebab takut pada muka bronaz yang serius agaknya . Masa tu rasanya dah dekat 10 minit bronaz bercakap kat depan ... laa.. rupanya, nak serius punya pasal... benda basic pun boleh lupa !!!kesian budak2 tu.. ha ha..

wokay... kita sambung lain kali plak....nak p jumaat nii ....x p berdosa tau !!!! wassalam .

Tiada ulasan: