Khamis, 29 Januari 2009

Edisi Khas Bandung vol # 1


Assalamualaikum !


Kabare ? bertemu lagi kita dalam entri terbaru Bronaz… rasanya dah 3 mgu x mencoret untuk blog ni,, bukan apa…. Sibuuuk…banget ! Dan sekembalinya dari Bandung bagaikan terlepas dari hutang berjuta2 Rupiah . Almaklumlah, projek lawatan ke Bandung dah dirancang sekian lama…. sejak dicetuskan ideanya pd penghujung 2007, 2008 tahun merancang dan mengurus hinggalah 19-24 januari 2009 (seminggu lepas) , barulah terlaksana ‘projek mega’ bagi group Bronaz ini . Masa menguruskannya cukup lama, bermula dari menyiapkan kertas kerja ( pernah ditolak 3 kali, edit semula 4 kali) atas alasan tiada peruntukan sehinggalah pihak fakulti dan Hal Ehwal Pelajar akhirnya meluluskan sejumlah peruntukan yang dipohon dan selebihnya wang sendiri, dapatlah kami semua menjejakkan kaki ke Kota Bandung (Paris Jawa Barat) .
Alhamdulillah, syukur ….terbalas susah payah dan pengorbanan kami sebelum ini .


Adapun tujuan program, bukanlah untuk makan angin semata2 . Atas nama ‘Program Ilmiah’ kami ke sana dgn hasrat untuk meninjau “Amalan Pendidikan Khas di Indonesia” . Semoga ada sesuatu yg dpt kami bawa pulang untuk dijadikan panduan berguna kerana sebelum ini kami difahamkan, bidang Pendidikan Khas di Indonesia telah bermula lebih awal dan lebih maju jika dibandingkan dengan negara kita. Selain melawat institusi dan sekolah pendidikan Khas, bertukar2 pendapat dan mengadakan seminar, pemergian kami bolehlah dianggap sebagai Duta Kecil UKM yang sebelum ini telah menandatangani MoU dengan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) . Rombongan kami seramai 27 orang iaitu 25 pelajar dan 2 orang pensyarah . Tempoh lawatan adalah dari 19-24 januari 2009 (6 hari) .


Ok….seterusnya baca sendiri catatan diari bronaz untuk selama enam hari program . Selain untuk tatapan rakan2, sebahagian maklumat ini juga akan diterbitkan dalam jurnal lawatan kami yg akan dicompilekan bersama catatan teman2 yg lain , khusus sebagai bukti bertulis hasilan dan refleksi drpd program yg telah kami jalankan . So jgn heran ye kalau entry ni agak detail dan mgkin membosankan kalian… namun bagi Bronaz ianya tetap suatu kenangan manis dan pengalaman berguna yg tak terbayar dengan wang ringgit . jeng je jeng….


Day 1



Bertolak dari LCCT-KLIA, penerbangan mengambil masa 2 jam . Kami tiba di airport HUSSAIN SASTRANEGARA BANDUNG kira-kira jam 11.00 pagi waktu Indonesia (Malaysia 12.00 tgh) . Sesampainya di sana kami diminta untuk melaraskan jam mengikut waktu tempatan supaya tidak terkeliru . Line celcom@maxis@Digi pula tertera penuh bar pd skrin handset masing2 . waah… ini sudah cantik !


Ketibaan kami disambut dengan penuh mesra oleh wakil dari pihak university (UPI) yg terdiri dari 4 orang pelajar dan 2 pensyarah . Bas UPI sudah tersedia menunggu di ruang parking untuk membawa kami ke tempat penginapan . Sementara memunggah masuk barang2 dan orangnya sekali ke dalam bas, ada seorang jejaka berjaket hitam sedang asyik mengambil gambar kami, candid je…sbb masa tu kami semua tgh sibuk…. Ingatkan jurugambar khas dari UPI rupa2nya dia adalah “Abang Foto”, …nanti Bronaz ceritakan kemudian. Sesampainya di hotel, kami masuk ke bilik masing2, berehat sejenak kerana jam 2.00 ptg nanti ada majlis suaikenal dengan warga UPI dan sesi pengenalan kampus . Sebelum tu kami menikmati hidangan tengahari yg ditempah dari sebuah restoran luar, emm ….harganya 15,500 rupiah …kira2 RM 5.00 . Cara Packagingnya cantik dan mewah sekali, KFC pun kalah …mcm x percaye je .
Kira2 kul 1.45 ptg, sekali lagi bas UPI dtg menjemput kami ke kampus UPI untuk sesi suaikenal. Jarak UPI dengan hotel tempat kami menginap tak smp pun 1 km . Majlis ‘welcome party’ (menurut istilah mereka) agak simple namun penuh tersusun dan meriah . Selesai acara bergambar beramai2 di depan bangunan direktorat (Canselori) kami dijemput menikmati jamuan ringan… enak sekali ye Pak, kuih2nya ! majlis diakhiri dengan acara bertukar2 cenderamata kedua2 belah pihak .


Aktiviti seterusnya, rombongan kami telah dibawa melawat ke seluruh kawasan kampus dengan ditemani beberapa orang mahasiswa/i UPI . Penat dan lenguh, macam nak tertanggal kepala lutut…. Apa tidaknya, keseluruhan kampus kami terokai dengan berjalan kaki . Kalau nak dibandingkan, kampus universiti2 di Malaysia jauh lebih besar dan gah berbanding UPI, samada dari sudut keindahan landskap, fasiliti dan keluasan fizikal . Alangkah bertuahnya, mahasiswa/i kita ! university UPI adalah yg tertua di Indonesia dan pada asalnya ia dinaiktaraf dari kolej perguruan. Sejarahnya ada sedikit persamaan dengan UPSI, Tanjung Malim sementelah kedua2nya adalah Universiti pendidikan . Terdapat 7 buah fakuti di UPI, salah satu daripadanya ialah Fakultas Pendidikan Luar Biasa ( jika di Malaysia disebut pendidikan Khas ) . Disamping berjalan2 ke sekitar bangunan dan mengetahui setiap kegunaannya, kami dapat bertukar2 pendapat dan informasi dengan pelajar2 UPI . Walau jauh secara geografinya, namun terasa kami amat dekat memandangkan kedua2 pihak berkecimpung dalam co business yg sama iatu menyediakan perkhidmatan untuk pelajar2 berkeperluan khas .


Sesuatu yg terasa berbeza bagiku sepanjang meneroka kampus pada petang tersebut ialah dasar keterbukaan UPI . Baik dari segi berpakaian, pergaulan dan budaya kampus itu sendiri . Sukar untuk membezakan antara pelajar UPI dan orang luar kerana cara berpakaian yang agak bebas, berambut panjang pula suatu pemandangan biasa, Namun begitu, yang bertudung pun ramai juga, maknanya di sana berpakaian adalah hak dan atas kehendak sendiri . Kalau kat Malaysia ? …emm faham2 je lah ! Ada juga orang luar yg bermotor keluar masuk ke sana sini tanpa helmet pun. Di dalam kawasan kampus juga, aku lihat ada penjual2 rojak dan Mi Bakso yang keluar masuk menjaja secara berjalan kaki (traditional style), mungkin dah jadi kebiasaan di sana . Gerai jual rokok pun ada kat dalam kampus tu. Kat padang permainan pula, kanak2 dan orang kampung boleh main apa2 je kat situ dgn penuh selamba. Senang cerita, kira university tu milik masyarakat jugak aar… OK, x kisahlah…lain padang lain belalang kan !



Setelah penat pusing keliling di samping mendapat banyak informasi dari mahasiswa UPI, sedar2 hari dah senja, dan tibalah masanya untuk balik berehat di hotel penginapan . Malam tu kitaorang semua capek (penat) habis ! Nasib baik sebelah malamnya kami telah memutuskan untuk tidak mengadakan apa2 aktiviti . Selepas menikmati makan malam, sesetengahnya terus masuk ke bilik masing2 utk berehat n tido . Bagi yg masih bertenaga, masa terluang dihabiskan di belakang hotel, kat situ pemandangannya menghadap bukit…. Indah sekali, macam kat Kundasang, Sabah . Ditambah pula suhunya juga agak sejuk berbanding di Malaysia .


Bagi bronaz, pengalaman sepanjang hari pertama di Bandung amat membuka minda tentang betapa makmurnya bumi Malaysia… rezeki ada di mana2 … tinggal nak usaha atau tidak? rajin atau malas ?…. Itu je . Sebelum tido,mcm biasa sms isteri dulu, ms baru2 smp td pun sbnarnya dah 2,3 mesej dihantar. Ok untuk makluman… kalau kita ke Indonesia line tepon xjd mslh…sama je, ‘autoswitch roaming’ . Tp kadar caj persms yg dihantar ialah rm2.00. Lebih malang lagi kalau org Malaysia yg call kita, kita juga turut kena bayar caj bila jawab panggilan tu, ratenya rm 4.00 seminit, kalau 10 minit kiralah sendirik ! kalau kita x jawab panggilan pun, bila org sana dh terima khidmat voicemail service, kita tetap kena caj rm2.00 . waduhhh…. Sengsara oi ! Oleh itu sebelum berangkat pesan la kat kwn2 tu jgn memain atau cuba2 nak tepon kalau xde hal yg penting …


Oklah, c u 2moro morning…





Bergambar bersama dekan dan pensyarah Universitas Pendidikan Indonesia





Merintis kerjasama mahasiswa/i UKM-UPI demi kebaikan bersama .





Sesi taklimat sebelum memulakan suai kenal kampus UPI

Tiada ulasan: